Sunday, December 6, 2009

Warna2 kehidupan..

Tinggal 3 hari lagi keputusan peperiksaan ana akan keluar. Tapi, ana belum terasa lagi debarannya atau tidak berasa langsung. Em, agak janggal sedikit. Walau apapun ana harap, ana akan bersabar dan sentiasa tenangkan hati untuk menerima apa jua keputusan yang bakal ana dapat nanti. Hanya Allah sandaran harapan. Walau apapun natijahnya nanti, insyaAllah ana cuba terima dengan redha kerana itulah usaha yang termampu ana lakukan.

Pada waktu cuti yang agak singkat ini ramai yang bertanyakan aktiviti ana bagi mengisi kebosanan dan kelapangan waktu ini. Ermm..kadang2 ana rase soalan2 tu seolah2 mengutuk ana. Tapi, hakikatnya tidak..haha..Entah la..Fikiran ana sejak akhir2 agak penat. Entah kenapa ana terasa malas untuk berfikir. Tapi, ana cuba jugak untuk mengatasi rasa malas itu kerana ana rasa tabiat malas itu seharusnya dikikis dari jiwa ini.huhuu..

Ada suatu kisah dimana ana ingin ceritakan, pernah suatu ketika ana terasa malas untuk berfikir tentang apa2 pada amasa itu, seharian itu. Ana cuba untuk kosongkan fikiran dan hanya fokus untuk bermain games sahaja. Dari pagi hinggalah ke petang ana hanya bermain games hingga tidka langsung menghiraukan apa2 hal yang berlaku di sekeliling ana. Handset, YM, Facebook dan macam2 lagi semuanya ana off. Betapa sepinya tanpa semua itu ketika itu. Tapi, ana cuba jugak..haha..hingga makan dan minum ana tidak hiraukan langsung. Dikisahkan,lepas pada waktu Maghrib itu ana masih jugak bermain games hingga waktu isyak. Selepas waktu Isyak ana terus masok tidur. Kebetulan pada masa itu ana hanya berseorangan di bilik kerana roomate ana entah ke mana. Tengah malam itu ana terasa lapar sangat2 hingga mencari2 segala makanan yang ada dalam loker ana. Alhamdulillah..ada roti bantal dan air kosong. Ana makan roti dan minum air itu bagi mengalas perut yang sememangnya lapar yang teramat sangat. Sesudah itu, ana sambung tidur kembali.

Tiba waktu Subuh, ana cuba mencari handset ana dan ana on kan. Lebih kurang 9 mesej masuk dan 17 miss called daripada kenalan, ummie, ayah dan kawan2 ana. Satu persatu mesej ana baca dan pabila tiba di mesej yang kelapan, ana dikhabarkan dengan berita sedih mengenai seorang sahabat ana. Terkedu ana di saat itu. Ana terasa agak menyesal sekali kerana membuat protes pada diri ana hinggakan sahabat ana ditimpa musibah kelmarin ana lambat mengetahuinya. Betapa teruknya ana..huhu..Dan sekarang sahabat ana itu masih lagi dilanda musibah dan malangnya, pada hari "protes" ana itu juga sahabat ana itu sudah pergi jauh dari ana. Ana cuba untuk menghubunginya, tetapi hampa kerana nombornya yang masih dalam simpanan ana ditamatkan perkhidmatannya. Dan ana terasa agak terkilan sekali. Satu persatu dugaan yang melanda diri ini. Walaupun, dari luaran ana seperti tidak ada apa2 masalah..Namun dalam hati ana, hanya Allah yang tahu..

Walauapapun, ana berharap suatu hari nanti akan berjumpa kembali dengan sahabat ana itu. Kerana ana sayangkannya. Ana tidak mahu persahabatan kami hanya terputus di sini. Dialah teman, sahabat sejati ana yang ana selalu kenang hingga kini. Ingatan bersama nya tidak pernah ana lupa hingga akhir hayat. Seandainya dia membaca entry ini, ana berharap dia akan segera menghubungi ana........Walau di mana dia sahabatku berada, sentiasa kudoakan kesejahteraan baginya di dunia dan akhirat..

Monday, November 30, 2009

Teman Baik Ana...

Entah mengapa jemari ini pantas menekan keyboard notebook ana yang sudah dua hari ana tidak menyentuhnya. Tergerak hati ingin menceritakan perihal seorang kawan yang sudah sekian lama sebenarnya ana nak ceritakan. Em, bukan mengumpat atau mengata perihal dirinya. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang membuat ana selesa berkawan dengannya. Ana mempunyai empat orang teman baik di kampus. Salah seorang daripadanya lelaki dan yang menariknya teman baik ana yang lelaki ini adalah daripada kalangan non muslim. Walaupun kedengaran agak janggal, tapi itulah hakikatnya. Kami berempat mulai rapat sejak final exam untuk semester ini semakin dekat. Kami berhempas pulas study siang dan malam di library, di ruang dewan makan, di kelas dan bermacam2 tempat lagi. Pada mulanya, ana berasa takut jugak kerana bimbang akan persepsi daripada sahabat2 ana nanti. Alhamdulillah, tiada apa yang perlu ana bimbang lagi kerana ana yakin Allah sentiasa di sisi.

Em, nak dijadikan cerita teman baik ana ni dia tahu dari A sampai L tentang Islam. Baru separuh sebenarnya. Itu yang membuat ana selesa untuk berkawan dengannya. Dia suka bertanya mengenai Islam dengan ana dan kawan2 ana yang lain. Dia tahu akan terjadinya kiamat, tahu mengucap, tahu menyebut kalimah Alhamdulillah, Astagfirullahalazim dan bemacam2 lagi. Dia tahu hukum hakam dalam Islam, tentang halal haram dan bermacam2 lagi. Paling penting dia tahu batas2 pergaulan di antara lelaki dan perempuan.

Pernah suatu hari ketika ana sedang menghayati keindahan alam di tepi pantai, dia mengejutkan ana dengan persoalan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pernah dia menceritakan perihal kawan perempuan muslim yang dikenalinya bukan dari kalangan kawan2 ana, bertukuk bertampar (bahasa sarawak) atau tampar, cubit dan sebagainya dengannya biarpun berlapik atau beralas. Maksudnya di sini, dia tidak selesa pabila ada di kalangan kawan2 perempuan yang menampar nya tanpa disedari ketika bergurau lebih2 lagi pabila orang yang menamparnya itu adalah perempuan. Ana nasihatkan dia agar menegur perbuatan perempuan2 tersebut, tetapi katanya dia tidak sampai hati nak tegur kerana takut akan mengecilkan hati mereka. Begitu dia menjaga perasaan orang lain. Itu yang membuatkan ana hormat dengannya. Dia seorang yang baik dan tidak lokek dalam menghulurkan bantuan. Ana sentiasa berdoa agar suatu hari kelak pintu hidayah terbuka untuknya.

Pernah dia menyatakan bahawa dia minat dengan Islam kerana keunikan dan bermacam2 lagi. Namun, halangan daripada keluarga menyebabkan dia hanya sekadar minat dengan Islam tetapi takut untuk mendalaminya kerana harapan daripada keluarganya yang cukup besar apatah lagi dia merupakan anak lelaki pertama dalam keluarganya. Dia pernah menceritakan bahawa ayahnya tidak kisah untuk memilih perempuan Melayu sebagai suri hidupnya. Tetapi dengan syarat yang dia harus membawa perempuan itu convert ke agama mereka. Itu yang dibimbangkan teman baik ana ini. Dia pernah bercerita mengenai perasaan nya terhadap seorang teman saya, muslim. Tetapi dia tidak sampai hati nak melukakan hati parents nya dan terpaksa melupakan perasaannya itu. Ana pernah memberitahunya, bahawa dalam Islam tiada paksaan dan lagi satu selepas seseorang itu mengucap syahadah, dia mesti mengutamakan keluarganya walaupun sudah tidak seagama lagi dan dia masih boleh tinggal bersama2 mereka. Namun, jawapannya dia masih sayangkan keluarganya. Ana katakan padanya, terpulang padanya kerana keputusan itu di tangannya dan ana serta teman2 baik ana yang lain hanya mampu menasihatinya sahaja.

Lupa nak bagitau sebenarnya kawan ana ni seorang yang lembut dan kadang kala agak kasar sedikit. Tapi, dia baik. Dia agak popular di kampus kerana dia seorang yang ringan tulang dan suka tersenyum. Ana pernah bagitau teman2 baik ana yang ana tak sangka dapat teman2 baik seperti A, S dan K. A dan S adalah teman baik perempuan dan K seperti yang ana ceritakan di atas. Di kampus, kemana2 kami pergi semestinya bersama. Memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun jarak kolej kediaman kitaorang agak jauh, namun itu tidak menjadi penghalang buat kami. Rindu dengan kenangan semester ini. InsyaAllah, andai keputusan kami untuk semester ini baik, kami bercadang untuk further study in degree dalam bidang Library Science. InsyaAllah..moga2 tercapai impian itu nanti dan kami dapat bersama kembali...amin................rindu dengan K, A dan S......semoga bertemu kembali..

Wednesday, November 25, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...........

Lama sudah x mencorat-coret di blog nih..Terlalu banyak nak diperkatakan sebenarnya..cuma masa yang kadang kala terlalu cemburu pada diri ini untuk menulis biarpun hanya untuk sebentar. Di kala ini, ana sedang bercuti semester. Alhamdulillah, Dia mengizinkan ana untuk mencoret sedikit pada hari ini. Sebelum terlupa, terlebih dahulu ana mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Moga Aidiladha tahun ini memberi kita 1001 keinsafan tentang pengorbanan junjungan2 kita yang terdahulu. Bayangkan, Nabi Ibrahim A.S sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana menuruti perintah Allah swt..Betapa mulianya pengorbanan baginda. Dan, kalau kita selami dan hayati, betapa Hebatnya pencipta kita mengatur kehidupan kita dengan cantik dan tersusun..Subhanallah...sungguh, tiada yang lebih Agung melainkanNya..bersyukurlah wahai saudara2ku..keranaNya, kita masih mampu bernafas pada hari ini. Em, pada hari ni, Khamis 26hb Nov 2009, para jemaah haji wukuf di Bukit Arafah dimana bukit ini tempat pertemuan pertama di antara Adam dan Hawa di dunia. Pada hari ni disunatkan berpuasa..

Friday, November 20, 2009

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Thursday, November 12, 2009

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN BUKU PERCUMA


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Last paper imd 202, promotion

15hb ni last paper ana..em, entah kenapa ana rasa macam xde mood je nak study the last paper nih..rase memang xde semangat langsung..dah ramai yang bagi semangat pada ana, tapi x dapat gak..ana rasa muak je bila tengok note2 last subjek tu..dalam masa yang sama ana kuatkan diri untuk bace gak walaupun xfaham. Time study group pun same. macam mane nak buat ye? Mungkin ada sesuatu yang ana lakukan hingga diri jadi begini..padahal paper2 sebelum ni memang bersemangat sangat2 nak study..

Mengapa begini RAZIELA??

Ana rasa macam xde pape yang berlaku walaupun mungkin sebenarnya ada. Walaubagaimanapun, ana mesti lakukan yang terbaik untuk last paper..MESTI!! ana akan paksakan diri ni untuk study..doakan ana ye..=) syukran..

Sunday, November 8, 2009

Syukran teman2ku yang tersayang..=)

Agak lama rasanya ana tidak update blog ni..em, sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan..Alhamdulillah, semalam dah selesai paper IMD201..hanya tinggal paper IMD202 lagi pada 15hb ni. syukur alhamdulillah, kerana semakin hari ana semakin rapat dengan teman2 seperjuangan ana. Masing2 bertungkus lumus, saling bantu membantu untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam final exam ni..insyaAllah..moga2 kami semua akan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu CGPA 3.0 ke atas untuk pergi ke peringkat yang seterusnya. insyaAllah....pada teman2 ana, fashiela, ain syafiqah, ain syafiqa, khairi, erdawati, kevin, syafiq dan ana sendiri..moga2 kita semua berjaya nanti untuk ke PUNCAK PERDANA..insyaAllah..ana harap sangat2 dapat further dgree cepat2..dengan izin Allah..amin..dengan pengorbanan ana, (tak balik umah walaupun umah dekat jerk..huhu)ana harap segala usaha dan pengorbanan yang kami lakukan tidak sia2..insyaAllah...dengan izin Allah, ana dan kwn2 akan ke PUNCAK PERDANA next sem..man jada wa jada....siapa yang berusaha dia akan berjaya..AMIN..